Servis Ultrasound

Laman web ini mengumpulkan koleksi artikel tentang ultrasound yang ditulis oleh sonographer dengan lebih 10 tahun pengalaman. Jika anda memerlukan khidmat ultrasound di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang, boleh hubungi kami untuk temujanji.

SG_BG_Front_compressed

Growth Scan

Boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan ringkas tumbesaran janin

Nuchal Translucency (NT) Screening

Salah satu ciri yang diambil kira untuk ujian saringan NIPT. Dibuat antara 11-13 minggu kehamilan

Fetal Doppler Scan

Pemeriksaan beberapa salur darah bayi dan ibu. Salah satu ujian untuk memantau perkembangan kandungan berisiko atau bermasalah

Kidney / Ureter /Bladder (KUB) Scan

Melibatkan pemeriksaan buah pinggang, pundi kencing , salur kencing dan prostat (bagi lelaki ). Biasanya untuk melihat kewujudan batu karang, tumor dan lain-lain

 3D / 4D / HD Scan

Memaparkan imej (3D) atau video (4D) beresolusi tinggi (HD). Ibubapa dapat meihat wajah bayi semasa dalam kandungan

Breast Scan

Pemeriksaan payudara bagi mencari ketulan atau ketumbuhan payudara

Thyroid / Neck Scan

Pemeriksaan kelenjar tiroid atau kelenjar lain di bahagian leher sebagai membantu diagnosis yang lebih tepat

Upper Abdomen Scan

Pemeriksaan organ-organ abdomen secara menyeluruh seperti pankreas, hati, hempedu, aorta , limpa dan buah pinggang

Detail Scan

Pemeriksaan terperinci anggota dan organ-organ bayi termasuk otak , muka , tulang belakang , jantung , abdomen dan lain-lain. Dilakukan antara 18-24 minggu.

Follicular Tracking Scan

Pemeriksaan keadaan follicle di dalam ovari. Dilakukan untuk rawatan kesuburan

Gynae / Pelvic Scan

Pemeriksaan keadaan rahim dan ovari, biasanya untuk melihat kewujudan atau pemantauan fibroid dan cyst. Dilakukan dari bahagian abdomen atau vagina

Hepatobiliary Scan

Pemeriksaan hati, hempedu, limpa dan jaringan salur hempedu. Biasanya bagi mencari batu hempedu atau tumor

Tak pasti servis ultrasound yang anda perlukan?

atau anda juga boleh chat dengan kami melalui applikasi Whatsapp

Soalan-Soalan Lazim

Berapa harga scan ultrasound?

Harga scan ultrasound bergantung kepada servis ultrasound yang diperlukan. Sebagai contoh, harga breast scan berbeza dengan harga detail scan. Untuk maklumat lanjut tentang harga, boleh lawati laman booking

Adakah medical card atau panel klinik diterima?

Sila hubungi kami melalui telepfon atau whatsapp untuk dapatkan kepastian tentang medical card atau panel klinik yang diterima.

adakah pembayaran menggunakan kad debit/kredit diterima?

Ya, bayaran menggunakan kad debit/kredit diterima

Adakah bayaran menggunakan e-dompet (e-wallet) diterima?

Buat masa ini, bayaran menggunakan e-dompet belum lagi diterima. Kami dalam usaha untuk menerimapakai e-dompet.

Boleh kah saya datang tanpa temujanji?

Walaupun kami menerima walk-in patient, tetapi kami sangat menggalakkan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan menunggu terlalu lama. Keutamaan adalah kepada pesakit yang telah membuat temujanji.

Adakah ultrasound scan selamat?

Ultrasound scan (imbasan ultrabunyi) tidak membabitkan radiasi dan selamat.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Temujanji

  1. Hadir 5-10 minit sebelum waktu temujanji anda. Ini akan dapat memudahkan anda mendapat parking dan juga mengelakkan anda stress.
  2. Pastikan anda mengikut arahan untuk samada anda perlu berpuasa atau tidak. Jika tak pasti, hubungi klinik terlebih dahulu.
  3. Pakai pakaian yang selesa dan sedikit longgar untuk memudahkan anda berbaring di atas katil rawatan.
  4. Jika anda tidak dapat hadir pada temujanji, pastikan anda menghubungi klinik untuk memaklumkannya sekurang-kurangnya 12 jam sebelum waktu temujanji anda.

Hubungi kami

Call Us

012-439 0969

FB Messenger

facebook.com/sonographr

Our Location

No 70, Jalan 7/7a, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hantar mesej

15 + 7 =